Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-03
IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
PUTRAJAYA,3 Januari- Semua penjawat awam termasuk pegawai muda perlu diberikan latihan dan peluang bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dalam masa beberapa tahun,keupayaan semua pegawai dapat mengatasi keupayaan konsultan yang sedia ada.
"Saya mahu mulai tahun ini,di kalangan penjawat awam yang muda itu diberikan pendedahan yang maksima,supaya dalam satu hingga dua tahun kita akan dapat melahirkan barisan kedua penjawat awam yang bukan sahaja dapat menyelami hasrat sepenuhnya MADANI,tetapi punyai kelatihan yang lebih cekap",katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Turut hadirTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi danKetua Setiausaha NegaraTan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.