Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-06
HaiPress

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Foto RTM
KUCHING 5 Januari-Kerajaan Sarawak akan membuka permohonan baharu bagi program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak SKAS bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2025.
Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,berkata permohonan ini dibuka untuk rakyat Sarawak yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 4 tahun 2024.
Menurut beliau,antara kriteria kelayakan permohonan baharu adalah pemohon mestilah pemegang Kad Pengenalan K yang menetap di Sarawak,tidak disenaraikan sebagai penerima STR Fasa 4 tahun 2024 dan berpendapatan rendah yang memenuhi kriteria kelayakan.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui platform rasmi kerajaan,dengan proses semakan rapi akan dijalankan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching,hari ini.
Setakat ini,sebanyak 886,288 penerima telah dikenal pasti layak menerima SKAS berdasarkan data STR,dengan nilai keseluruhan peruntukan RM464.5 juta.
Jumlah ini dijangka meningkat selepas kemasukan penerima baharu yang akan mengemukakan permohonan pada Februari dan Mac nanti.