Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-08
HaiPress

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan 'timeline' gerak kerja & projek pembangunan membabitkan lima PBT
JOHOR BAHARU,8 Januari-Tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor akan menjalankan sembilan projek berimpak tinggi,yang dijangka siap pada suku keempat tahun ini,melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.92 juta.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata,projek berkenaan akan dilaksanakan di Mersing,Kota Tinggi dan Segamat.
Antara projek dijalankan Majlis Daerah Mersing,menaik taraf Dataran Niaga di Jalan Tun Dr Ismail,dan selenggara lampu jalan serta lampu isyarat sekitar Bandar Mersing,dengan kos RM1.71 juta.
Manakala Majlis Daerah Kota Tinggi,akan menaik taraf longkang dan pembentung di Taman Kota Jaya,serta membaik pulih laluan pejalan kaki di Jalan Tun Habab,dengan kos RM600,000.
Selain itu,kerja menaik taraf parit di Jalan Ibrahim,Labis,dan selenggara lampu dekoratif di Pekan Labis,akan dijalankan Majlis Daerah Labis,melibatkan kos RM61,250.