Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-08
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,6 Januari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.71 bilion dalam sistem konvensional manakala RM28.88 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik iaitu bernilai RM2 bilion bagi tujuh hari dan 31 hari serta tender RM1 bilion bagi tempoh 91 hari.
BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
Selain itu,bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan,dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM36.7 bilion dan tender semalaman Murabahah RM28.9 bilion. -BERNAMA