Institusi tempatan pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ke-11

2025-01-08     HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,6 Januari- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut,dengan pembelian ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta ringgit.

Laporan Aliran Dana oleh MIDF Amanah Investment Bank menjelaskan,peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih dengan mencatat penjualan bernilai RM256.9 juta,menandakan minggu kedua jualan secara berterusan.

Bank pelaburan itu juga memaklumkan aliran jualan bersih pelabur asing telah berlanjutan sehingga minggu ke-11 berturut-turut; berjumlah RM427.1 juta pada minggu lepas.

Angka dicatat sepanjang minggu dagangan singkat,berikutan pasaran ditutup pada Rabu lepas bersempena cuti umum tahun baharu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.