Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

2025-01-08     HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,7 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM22.01 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.82 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk tujuh hari.

BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.0 bilion dan RM27.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.