Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-09
HaiPress

FOTO BERNAMA
SUNGAI NIBONG,8 Januari- Setelah hampir 58 tahun dianjurkan,Pesta Pulau Pinang kali ini bakal menjadi edisi terakhir yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong.
Ketua Menteri,Chow Kon Yeow menjelaskan acara tahunan itu bakal dilangsungkan di lokasi yang lain berikutan sebahagian daripada kawasan berkenaan terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Tambah beliau,cadangan tersebut telah dibentangkan MRT Corp selaku pemaju dan pemilik aset kerajaan negeri,namun masih diperingkat cadangan konsep.
" Pengangkutan awam menjadi sebahagian dari pembangunan ini sebab selain daripada stesen LRT depo sekunder,kita ada terminal bas Sungai Nibong,terminal teksi dan sebagainya yang boleh dimasukkan dalam cadangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang semalam.
Perasmian disempurnakan Yang di Pertua Negeri,Tun Ahmad Fuzi Ahmad.