Jabatan Kehakiman komited tegakkan kedaulatan undang-undang

2025-01-09     HaiPress

Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat / Foto Bernama

PUTRAJAYA,8 Januari – Jabatan Kehakiman menegaskan komitmen untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dengan penuh integriti tanpa terpengaruh oleh unsur politik.

Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata kepimpinannya di bawah empat Perdana Menteri daripada pelbagai afiliasi politik membuktikan ketelusan badan kehakiman dalam melaksanakan tugas.

"Sedikit trivia,perkhidmatan saya merupakan kali pertama dalam sejarah negara ini di mana tempoh perkhidmatan seorang Ketua Hakim bertepatan dengan empat Perdana Menteri yang berbeza,kesemuanya dari afiliasi politik yang berlainan – Tun Mahathir Mohamad,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,dan kini Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Berucap pada Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),di sini,majlis itu menjadi ucapan terakhirnya sebelum bersara wajib pada Julai tahun ini.

Tegas Tun Tengku Maimun,panel kehakiman yang dipimpinnya sentiasa membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta,tanpa dipengaruhi oleh suasana politik.

Dilantik pada Mei 2019,beliau mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.