Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-10
IDOPRESS

Foto RTM
QATAR,9 Januari - Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan bersama-sama Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani sempena lawatan rasmi kerajaan Johor ke negara berkenaan.
Antara perkara dibincangkan adalah berkaitan peluang kerjasama ekonomi dan sosial antara Johor dan Qatar.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut bersama-sama dalam delegasi berkenaan memaklumkan,pertemuan itu merupakan sebahagian usaha Tunku Mahkota Ismail merintis jalan baharu meningkatkan kedudukan ekonomi negeri Johor.
Jelasnya,pertemuan kedua- dua negara itu juga penting bagi pertumbuhan ekonomi seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial rakyat.
Sebelum itu,delegasi Johor iuga berpeluang mengadakan pertemuan bersama-sama Pengerusi Pelancongan Qatar,Saad Ali Al Kharji bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan produk pelancongan.
Menerusi pertemuan itu Johor menjadikan Qatar Tourism sebagai contohdalam soal mencipta produk pelancongan bertaraf antarabangsa.