Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-10
IDOPRESS

Foto Reuters
KUALA LUMPUR,9 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Amerika Syarikat (AS) susulan kejadian kebakaran hutan yang melanda California Selatan.
Beliau menerusi hantaran di Facebook menyatakan kebakaran itu meragut banyak nyawa dan memusnahkan bangunan serta menjejaskan banyak keluarga.
"Saya mengucapkan takziah kepada semua yang terjejas disebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan di seluruh California Selatan.
"Kemusnahan menyentuh jiwa itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia meragut banyak nyawa,memusnahkan lebih 1,000 bangunan,dan menjejaskan banyak keluarga," menurut hantaran itu.
Bagaimanapun Malaysia bersolidariti dengan rakyat AS terjejas berhubung kejadian berkenaan selain berharap pasukan kecemasan dapat mengawal kebakaran.