Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-11
IDOPRESS

Ketua Zon 2,JBPM Johor,Penguasa Bomba Rasidi Md Yunus
KOTA TINGGI,11 Januari- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Tinggi sedia menggerakkan 70 anggota dan 10 bot penyelamat di enam balai untuk operasi menyelamat dan memindahkan penduduk terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Zon 2,Penguasa Bomba Rasidi Md Yunus berkata,sehingga pagi tadi pihaknya mendapat kerjasama baik daripada penduduk terjejas untuk berpindah lebih awal ke PPS.
"Nasihat pasukan penyelamat kepada penduudk terutama kawasan rendah adalah perlu sentiasa berwaspada,mendengar nasihat saripada agnesi penyelamat.
"Ia disebabkan agensi penyelamat sentiasa melakukan rondaan di kawasan banjir. Saya minta penduduk kawasan berisiko supaya sentiasa mengemas kini informasi terkini berkaitan banjir di kawasan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan banjir di sini.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa tiada laporan mangsa terperangkap banjir dan pihaknya turut melakukan operasi menyelamat melibatkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).