Akta berkaitan politeknik akan ditambah baik

2025-01-11     IDOPRESS

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

IPOH,11 Januari- Kerajaan akan menambah baik akta berkaitan politeknik selaras dengan hala tuju transformasi pendidikan tinggi negara,pada tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,antara perkara yang akan diberikan perhatian termasuk peranan dan kedudukan institusi itu dari sudut perundangan.

"Makanya kita perlu juga melihat tentang peruntukan akta sedia ada,apakah pembaikan-pembaikan yang perlu kita lakukan.

"Penambahan-penambahan perlu kita lakukan ataupun mungkin ada perkara-perkara tidak relevan dan kita melihat pelbagai aspek. Ia dalam usaha kita untuk memperkukuh keseluruhan ekosistem politeknik itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan projek menyiapkan baki kerja ubah suai dan menyiapkan Kampus Cawangan Politeknik Ungku Omar di Bercham,di sini.

Projek berkenaan melibatkan kos sebanyak RM27.1 juta mula dibina pada tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada 28 Disember tahun lalu.

Kampus berkenaan mampu menempatkan 1,200 pelajar dan akan menerima kemasukan pelajar secara berfasa bermula Februari dan menerima kemasukan sepenuhnya pada Ogos tahun ini.

Kampus itu juga dikhususkan bagi lima program iaitu Diploma Perakaunan,Diploma Pengajian Perniagaan,Diploma Kewangan,Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Peruncitan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.