Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-11
IDOPRESS

Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle (foto kecil) ditemukan lemas di Sungai Kedah/ Foto ihsan media
ALOR SETAR,11 Januari- Seorang kanak-kanak lelaki autistik,Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle,7,yang dilaporkan hilang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor,Jalan Gangsa di sini semalam,ditemukan lemas di Sungai Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Siti Nor Salawati berkata mangsa ditemukan pada kira-kira pukul 8.15 pagi tadi selepas operasi mencari disambung semula hari ini.
MayatFirash Daniel dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah keluarganya berhampiran tebing sungai.
Menurut Siti Nor Salawati,ibu mangsa menyedari kehilangan anaknya pada pukul 4.30 petang semalam dan segera melaporkan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Operasi mencari dimulakan pada pukul 6.00 petang melibatkan 30 anggota yang tertumpu di kawasan taman perumahan,pesisir Sungai Kedah dan kawasan sekitar.
Pada petang kejadian,ibu mangsa menemukan pakaian dan kasut Firash Daniel di tepi longkang kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
Longkang tersebut berkedalaman antara satu hingga 1.5 meter dan mengalirkan air ke Sungai Kedah yang terletak di belakang Muzium Negeri.
Kes tersebut diklasifkasikan sebagai kematian mengejut.