Skim Perlindungan Insurans diperluas kepada Tok Jekerah, Tok Jenang

2025-01-11     IDOPRESS

Datuk Fairul Nizam Roslan

SUNGAI UDANG,11 Januari- Melaka memperluas Skim Perlindungan Insurans untuk masyarakat orang asli kepada Tok Jekerah dan Tok Jenangbagi menghargai pemimpin masyarakat orang asli yang berkhidmat kepada komuniti di negeri itu.

Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata perlindungan insurans termasuk kematian bernilai RM30,000 berkuatkuasa bulan ini.

"Untuk pimpinan Tok Batin Jenang dan Jekerah pada tahun ini kerajaan negeri mula membuat perlindungan insurans dan khairat kematian untuk mereka.

"Selain itu penambahan elaun belajar secara sekali bayar diberikan kepada anak-anak orang asli yang bersekolah iaitu RM100. Sebelum ini ia dibayar sebanyak RM50," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Pelancaran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka di Kem Terendak di sini.

Inisiatif bawah Bajet Melaka 2025 itu memanfaatkan kira-kira 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang di 14 perkampungan orang asli seluruh Melaka.

Sebelum ini,perlindungan insurans hanya diberikan kepada Tok Batin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.