Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-12
HaiPress

Foto Bomba Kuala Rompin
PEKAN,12 Januari- Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan,Pekan.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata,mangsa yang maut membabitkan lelaki dan perempuan dewasa,kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi.
"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi bersama dua jentera segera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 malam tadi.
"Selain itu,13 anggota dari BBP Kuala Rompin turut digerakkan bersama dua jentera bagi membantu operasi.
"Setiba anggota di lokasi kejadian,didapati dua mangsa daripada MPVmengalami kecederaan manakala lima mangsa daripada sebuah lagi kenderaan telah tersepit," katanya menerusi kenyataan.
Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Rompin untuk menerima rawatan.
Kelima-lima mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat diserahkan kepadapolis untuk tindakan lanjut.