Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-12
IDOPRESS

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Januari- Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos,Switzerland.
WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform LinkedIn pada Sabtu.
"Anwar Ibrahim,Perdana Menteri #Malaysia,akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos,Switzerland," menurut hantaran itu.
Mesyuarat tahunan ke-55 yang bertemakan "Collaboration for the Intelligent Age",dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Jan di Davos-Klosters,Switzerland.
Ia akan menghimpunkan pemimpin kerajaan,perniagaan dan masyarakat sivil untuk menangani cabaran global dan serantau yang mendesak.
Topik utama termasuk bertindak balas terhadap kejutan geopolitik,merangsang pertumbuhan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup dan membimbing peralihan tenaga yang adil dan inklusif.- BERNAMA