Wed Jan 22
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
2025-01-13 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM21.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.99 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.3 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari.
BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.9 bilion dan RM26.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA