PM ke UAE, cipta pelaburan jangka panjang

2025-01-14     IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,14 Januari- Pelaburan jangka panjang dijangka akan masuk dalam negara termasuk dalam sektor penjagaan kesihatan,pengendalian lapangan terbang,dan tenaga.

Perkara itu merupakan sebahagian hasil daripada lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kerjasama erat antara Malaysia dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) telah meningkatkan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.

"Sinergi padu antara Malaysia dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.

"ADIA hadir dengan membawa bersama-sama suara rakan syarikat pelaburan global yang lain dalam menerokai pelbagai peluang pelaburan yang terhidang di Malaysia," menurut hantaran itu.

Perdana Menteri berada di UAE untuk lawatan kerja selama tiga hari bermula pada Ahad lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.