Wed Jan 22
SHMMP Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat - Armizan
2025-01-14 IDOPRESS
Foto Hiasan / Bernama
PETALING JAYA,14 Januari – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan diumumkan dalam masa terdekat,menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata,beberapa aspek perlu diteliti sebelum pengumuman dibuat,termasuk keberadaan barangan dan rundingan bersama pemain industri.
“Kami melihat kepada keberadaan barangan,dan harga juga perlu dirundingkan bersama pihak industri kerana kami ingin mencapai situasi menang-menang.Walaupun tiada implikasi kewangan kepada kerajaan,pelaksanaan ini melibatkan perniagaan industri tersebut.
"Oleh itu,perbincangan akan dilakukan bukan sahaja dengan pihak industri,tetapi juga dengan Kementerian Pertanian dan kementerian lain yang bertanggungjawab terhadap bekalan,terutamanya barangan makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi libat urus perlindungan harta intelek digital,di sini.