Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-15
IDOPRESS

Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,14 Januari – Sembilan lokasi di Semenanjung dikenal pasti untuk dibaik pulih akibat kerosakan berpunca daripada bencana alam,termasuk kesan Monsun Timur Laut (MTL),kata Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata,lokasi yang terlibat merangkumi beberapa negeri,iaitu Kelantan,Perak,dan Terengganu.
Kerosakan yang diberi perhatian melibatkan pembaikan cerun runtuh dan baik pulih kerosakan jalan akibat banjir.
“Di Kelantan,terdapat dua lokasi yang terlibat,manakala di Perak ada lima lokasi dan Terengganu pula dua lokasi. Mungkin ada kerosakan yang belum dilaporkan,namun kami sentiasa bersedia menerima laporan baharu.
“Kementerian telah menggerakkan Bilik Gerakan Bencana Alam yang dikenali sebagai Big Band EA untuk menangani situasi ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya di Kompleks KKR,di sini.
Nanta turut menegaskan pembaikan kerosakan jalan berturap dan tidak berturap di Sabah dan Sarawak turut diberi perhatian khusus.