Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-15
IDOPRESS

Foto Facebook Pejabat Penerangan Daerah Manjung
IPOH,15 Januari-Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak masih kekal 31 orang daripada sembilan keluarga setakat pagi tadi.
Sekretariat Jawatankausa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan,kesemua penduduk terjejas banjir berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas,Manjung.
Kesemua mereka yang berlindung di PPS berkenaan sejak Khamis lepas adalah penduduk dari Kampung Padang Serai,Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar.
Sementara itu,Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak mencatat paras berjaga-jaga iaitu 165.42 meter berbanding paras normal 165.10 meter.