Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-16
HaiPress

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 berlangsung dari 14 hingga 15 Januari di PARKROYAL Langkawi Resort,Kedah
KUALA LUMPUR,15 Januari- Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 yang berakhir hari ini menggariskan Keutamaan Ekonomi Utama ASEAN 2025.
Antara Keutamaan Ekonomi Utama ASEAN termasuk meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk peralihan yang mampan dan adil terhadap Iklim di ASEAN.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan,keutamaan lain juga termasuk mempercepat pertumbuhan pasaran modal ASEAN yang lebih mampan dan inklusif.
Manakala keutamaan ekonomi utama Asean+3 pula termasuk keahlian penuh negara anggotanya dalam Southeast Asia Disaster Risk Insurance Facility (SEADRIF) dan perluasan keahlian ASEAN+3 Finance Think-tank Network (AFTN).
Mesyuarat tersebut berlangsung pada 14 hingga 15 Januari 2025 di Langkawi Kedah dan dihadiri oleh 135 pegawai serta anggota delegasi daripada Kementerian Kewangan dan bank-bank pusat negara anggota ASEAN+3.
Ia termasuk ASEAN,Republik Rakyat China (PRC),Republik Korea dan Jepun.