Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-16
IDOPRESS

FOTO AirKedah.com
ALOR SETAR,16 Januari- Operasi Loji Rawatan Air LRA Pelubang di Kubang Pasu yang terjejas semalam akibat kerosakan Sistem Dalaman Elektrik Voltan Tinggi VCB 11KV telah pulih sepenuhnya.
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd SADA menerusi kenyataan memaklumkan susulan itu bekalan air terawat yang terjejas di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu turut pulih.
SADA semalam memaklumkan henti tugas LRA Pelubang itu,menyebabkan ganguan bekalan air kecemasan dan luar jangka di dua daerah terlibat.
Dianggarkan sebanyak 150,000 akaun pengguna terjejas akibat henti tugas berkenaan.