Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-16
IDOPRESS

FOTO APM
JOHOR BAHRU,16 Januari- Banjir di Johor pulih sepenuhnya hari ini,dengan penutupan pusat pemindahan sementara,PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Raya,Pontian,pukul 2 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam perkongsian memaklumkan,semua 17 penduduk terjejas banjir yang berlindung di PPS berkenaan dibenarkan pulang.
Pagi tadi menyaksikan dua PPS di Kluang yang menempatkan 213 penduduk terjejas turut ditutup selepas keadaan banjir kembali pulih.
Sebelum ini,lima daerah di Johor dilanda banjir sehingga menempatkan hampir 4,000 penduduk terjejas.
Bagaimanapun menurut laporan Met Malaysia,hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor,bermula esok hingga 19 Januari nanti.