Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-17
IDOPRESS

Menteri KDN,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / Foto RTM
SHAH ALAM,16 Januari-Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan permohonan baru bagi pengambilan pekerja asing,terutama dalam sektor perladangan sawit di Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan,Kementerian Perladangan dan Komoditi membuat permohonan berkenaan bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor ini.
“Sejak September tahun lalu,kita sudah tutup (permohonan baharu pekerja asing).
"Namun Datuk Johari kata bukalah untuk pekerja ladang,lagi-lagi di Sabah,Sarawak. sana teruk tak boleh petik buah,rugi ladang-ladang sana.
“Saya cakap..tangguh dulu,tanya dulu dengan syarikat ladang berapa ramai perlu,kemudian kita akan buat tapisan.
"Lembaga Getah akan tapis,pihak jaga sawit akan tapis,sahkan dulu.Kemudian baru kita bermesyuarat,” katanya demikian ketika menghadiri Siri Syarahan Menteri: MADANI Sedang Direalisasi,Dekad Baharu Malaysia di UiTM,di sini.