Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-20
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,18 Januari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan susulan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Pada minggu ini,bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik,repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM28.22 bilion pada Jumaat daripada RM24.10 bilion yang dicatatkan pada akhir minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,mudah tunai itu berkurangan kepada RM21.71 bilion daripada RM26.80 bilion sebelum ini.
Selain itu,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 16 Jan,2025. -BERNAMA