Wed Jan 22
Menyamar sebagai penumpang, JPJ Perak kesan kesalahan pemandu bas
2025-01-21 IDOPRESS
Foto BERNAMA
IPOH,21 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menggunakan kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dalam usaha mengesan kesalahan yang dilakukan pemandu bas ekspres semasa Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025.
Pengarah JPJ negeri,Mohammad Yusoff Abustan berkata,sepanjang penyamaran,JPJ akan memfokuskan kepada kesalahan tiada lesen memandu,tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
"Anggota saya juga akan melihat kesalahan-kesalahan lain seperti merokok semasa memandu,menggunakan telefon bimbit,memotong di garisan berkembar dan bermacam lagi kesalahan yang dibuat oleh pemandu bas.
"Pemeriksaan bas di depot-depot melibatkan empat terminal utama di Perak bagi tujuan memastikan bas sentiasa berada dalam keadaan baik untuk membawa penumpang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Ops Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Jalan Tambun di sini.
Selain pemeriksaan ke atas bas ekspres,JPJ turut melaksanakan Operasi Khas Motosikal dan pemeriksaan ke atas pemandu kenderaan perdagangan terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan.
Dalam operasi tersebut,sebanyak 1,025 kenderaan diperiksa dengan 353 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.