Ekonomi Malaysia dianggarkan meningkat 4.8 peratus

2025-01-21     IDOPRESS

Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR,21 Januari- Anggaran awalan,ekonomi Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus pada suku tahun keempat 2024 dipacu sektor ekonomi domestik dan sektor perkhidmatan.

Penganalisis Ekonomi Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat,sektor tersebut menyumbang kepada aktiviti borong dan runcit mencerminkan perbelanjaan pengguna serta keupayaan perniagaan untuk terus berkembang.

Kestabilan dua sektor itu menjadi faktor daya tahan sektor-sektor lain,sekali gus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

"Begitu juga kuasa beli dalam kalangan pengguna terus mantap. Seterusnya adalah subsektor pengangkutan dan logistik menunjukkan berlaku pelbagai gerakan untuk menampung ekonomi,komunikasi dan juga pelaburan kepada pusat data ataupun maklumat," katanyaketika dihubungi RTM.

Dalam pada itu projek-projek mega melibatkan sektor pembinaan diterajui kerajaan akan merancakkan sektor berkenaan serta memberi impak berganda kepada sektor perkhidmatan.

Perkara berkenaan dilihat akan memacu pembangunan infrastruktur negara tetapi turut menyumbang kepada kemajuan sektor-sektor lain,sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.