Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-22
HaiPress

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
PUTRAJAYA,22 Januari- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa kes kematian pakar patalogi di Lahad Datu,Mendiang Dr. Tay Tien Yaa tiada kaitan dengan isu buli.
Beliau berkata menerusi hasil dapatan siasatan pasukan petugas khas berhubung kes itu mengesahkan kematian berkenaan disebabkan faktor tekanan emosi akibat cabaran bekerja di perantauan.
"Saya pasti tidak akan berkompromi dengan apa-apa dakwaan buli. Saya akan tetap menangani isu tersebut dan mengangkat agenda berkaitan buli. Sesiapa yang melakukan perkara ini tidak akan diberi kompromi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama-sama Pengerusi Pasukan Petugas Khas yang menyiasat kes itu,Tan Sri Borhan Dollah di sini.