Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-22
HaiPress

Timbalan Premier Sarawak,Datuk Amar Douglas Uggah Embas (paling kiri) melahirkan rasa lega apabila dua projek utama di Bahagian Betong dilaporkan berjalan lancar / Foto RTM
BETONG,22 Januari – Timbalan Premier Sarawak,Datuk Amar Douglas Uggah Embas,melahirkan rasa lega apabila dua projek utama di Bahagian Betong dilaporkan berjalan lancar.
Projek berkenaan ialah Jambatan Sungai Paku di Tanjung Sebekut,Spaoh,dan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling.
Beliau,yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan,memaklumkan walaupun terdapat beberapa isu kecil dalam pelaksanaan projek,ia tidak menjejaskan kemajuan pembinaan.
Semasa lawatan ke pejabat Jabatan Kerja Raya Bahagian Betong pada Selasa,beliau menerima taklimat mengenai perkembangan kedua-dua projek tersebut serta dua lagi projek jalan utama di kawasan berkenaan.
Menurutnya,pembinaan Bebuling STOLport yang bernilai RM296 juta kini mencapai 70.16 peratus siap,mendahului jadual yang ditetapkan sebanyak 69.77 peratus.
Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini.
Sementara itu,gerbang keluli rentang sepanjang 107 meter untuk Jambatan Sungai Paku pula mencatatkan kemajuan 48.65 peratus,melebihi jadual yang ditetapkan iaitu 48.37 peratus.
Jambatan bernilai RM36.9 juta itu juga dijadualkan siap pada Ogos,namun Datuk Amar Douglas berharap ia dapat disiapkan lebih awal,sebelum atau menjelang Jun,untuk memeriahkan perayaan Gawai Dayak tahun ini bagi penduduk tempatan.