Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-22
HaiPress

Ketua Pengarah JAKIM,Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimi / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,22 Januari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan pendirian serius terhadap laporan tidak berasas oleh sebuah portal berita luar negara yang mendakwa JAKIM terlibat dalam memaksa pelajar bukan Islam memeluk agama Islam semasa program orientasi universiti.
Ketua Pengarah JAKIM,Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimi dalam satu kenyataan menegaskan laporan tersebut tidak mempunyai bukti kukuh dan menyeru pengamal media luar negara agar menghormati sensitiviti budaya,agama,serta Perlembagaan Malaysia ketika melaporkan isu berkaitan.
“Sebarang laporan mestilah berlandaskan sumber sahih dengan pembuktian jelas bagi mengelak salah faham dan ketegangan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau turut memaklumkan universiti terbabit telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan isu berkenaan.
JAKIM menyeru semua pihak supaya berhati-hati dan bertanggungjawab dalam penyebaran berita demi memastikan keharmonian hidup beragama yang dinikmati rakyat Malaysia terus terpelihara.
Tambah Dr. Sirajuddin,rakyat Malaysia disarankan menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas perpaduan dan panduan negara.