Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan prestasi positif Wall Street

2025-01-22     HaiPress

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,22 Januari - Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Pada pukul 10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.64 mata kepada 1,587.10 daripada 1,580.46 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi pada 1,583.22.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan aktiviti membeli-belah di saat-saat akhir akan memberi manfaat kepada sektor pengguna,penerbangan dan pelancongan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang dan pembayaran tunai Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 disalurkan hari ini.

"Sementara itu,pemburuan sahawam murah dalam sektor teknologi mungkin berterusan,memandangkan Malaysia sebahagian besarnya masih tidak terjejas oleh sekatan cip oleh AS,sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 42.65 mata kepada 12,184.01,Indeks FBMT 100 naik 41.41 mata kepada 11,862.66,Indeks FBM Emas Shariah melonjak 41.35 mata kepada 12,097.41,Indeks FBM 70 menambah 41.02 mata kepada 18,263.69 manakala Indeks FBM ACE menokok 15.33 mata kepada 5,262.65.

Mengikut sektor,Indeks Tenaga naik 1.01 mata kepada 859.21,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 56.28 mata kepada 18,892.03,bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.01 mata kepada 170.94 dan Indeks Perladangan meningkat 50.37 mata kepada 7,462.53.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.