Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-22
IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Januari- Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet),Datin Vivy Yusof dan suaminya,Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di Mahkamah Sesyen,hari ini.
Kedua-dua berdepan pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.
“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata pasangan terbabit.
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Kesalahan itu dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara,36-40 Medan Setia 2,Plaza Damansara Bukit Damansara di sini,pada 21 Ogos 2018.
Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan,hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.- BERNAMA