Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-26
HaiPress

Wilayah Persekutuan turut menerima kesan perubahan iklim,termasuk peningkatan kes banjir kilat / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,26 Januari – Wilayah Persekutuan turut menerima kesan perubahan iklim,termasuk peningkatan kes banjir kilat,kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa.
Untuk itu,beliau berkata konsep "Chase City" merupakan salah satu langkah strategik untuk menangani isu tersebut.
“Wilayah Persekutuan juga terkesan dengan perubahan iklim,termasuk taburan hujan yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tidak dijangka. Ini memerlukan kita sentiasa bersedia menghadapi perubahan besar ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Car Free Day (CFT) yang diadakan serentak dengan kempen Kibar Bendera sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025,di sini.
Dr. Zaliha turut mengumumkan perancangan untuk memperluaskan program CFT kepada tempoh 24 jam sehari.
“Sebelum ini,program ini hanya berlangsung pada waktu pagi. Kami sedang mengkaji untuk melaksanakannya sepanjang hari jika mendapat sambutan positif,” tambahnya.
Program bulanan yang berlangsung pada minggu kedua setiap bulan itu merupakan sebahagian daripada visi Chase City,yang menekankan bandar mesra alam,selamat,dan sihat.