Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-26
HaiPress

Harga hartanah kediaman tempatan dijangka meningkat tahun ini berikutan kenaikan kos pembinaan yang berterusan / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,25 Januari – Harga hartanah kediaman tempatan dijangka meningkat tahun ini berikutan kenaikan kos pembinaan yang berterusan,terutamanya kos keluli,batu bata,dan bahan binaan lain.
Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia Sdn Bhd,Tang Chee Meng berkata walaupun terdapat peningkatan kos,pemaju dijangka berusaha menyerap sebahagian besar kenaikan itu memandangkan pasaran masih berada dalam fasa pemulihan selepas pandemik.
"Saya berpendapat bahawa pemaju mungkin tidak berada dalam posisi untuk menaikkan harga hingga dua digit. Kemungkinan kenaikannya hanya sekitar satu digit,kecuali bagi projek di lokasi yang sangat strategik,dengan reka bentuk yang menarik serta kajian pasaran yang menyeluruh dan yakin terhadap permintaan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Taklimat Tinjauan Hartanah Malaysia 2025 di ibu negara.
Tambah Chee Meng,pasaran hartanah tempatan secara keseluruhan dijangka terus mencatat pertumbuhan pada tahun ini,didorong oleh beberapa faktor utama seperti perkembangan ekonomi yang stabil,pembangunan infrastruktur,serta peningkatan pelaburan langsung asing dan domestik.
Menurutnya,faktor-faktor tersebut akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pasaran hartanah di Malaysia.