Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-26
IDOPRESS

FOTO IPD Kota Tinggi
KOTA TINGGI,26 Januari- Seorang bakal pengantin meninggal dunia selepas terlibat kemalangan,di kilometer 52 Jalan Johor Bahru - Mersing,Kota Tinggi,Johor,pada pukul empat petang,semalam.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa,seorang wanita berusia 22 tahun,masuk ke laluan bertentangan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya,sebelum merempuh sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,Penguasa Polis (Supt) Yusof Othman berkata ketika kejadian,mangsa bersama dua adiknya dalam perjalanan pulang dari Kota Masai,Johor Bahru ke Tanah Merah Kelantan,bagi urusan perkahwinan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan dan mayat dihantar ke unit forensik Hospital Kota Tinggi.
Manakala,mangsa-mangsa lain,termasuk pemandu lori turut dirawat di hospital tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.