Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-26
IDOPRESS

FOTO JBPM Pahang
BERA,26 Januari- Lelaki Orang Asli yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menyeberang Tasik Bera Kemayan,Pahang malam tadi,ditemukan lemas.
Pencarian yang memasuki hari kedua menyaksikan penemuan mayat Sabri Juaram,49 tahun pada pukul 10 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata,operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada pukul 9.06 pagi selepas ditangguhkan malam semalam.
Operasi hari ini melibatkan 31 anggota dan pegawai Bomba,polis,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),RELA dan Pejabat Daerah Bera.
Operasi SAR turut dibantu orang kampung dengan menggunakan enam bot.
Mayat lelaki itu dijumpai pasukan PPDA Bukit Angin sejauh dua meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh pada kedalaman 2.5 meter.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.