Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-06
HaiPress

Foto AFP
KUALA LUMPUR,5 Februari- Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin oleh Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump.
Menurut MAHAR,rancangan itu melanggar hak asasi manusia,undang-undang antarabangsa dan maruah rakyat Palestin.
Pemindahan paksa adalah tidak boleh diterima dan hanya memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta wilayah Palestin.
"MAHAR teguh menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut keadilan,kedaulatan,dan keamanan.
"MAHAR turut menyeru pemimpin dunia,badan antarabangsa,dan organisasi hak asasi manusia agar bertindak tegas menghentikan pemindahan paksa serta menegakkan keadilan demi memastikan rakyat Palestin dapat hidup bermaruah,selamat,dan bebas di tanah air mereka," menurut kenyataan itu.