Kuota tambahan jemaah haji, masih dalam pertimbangan Arab Saudi

2025-02-06     IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Februari- Permohonan sebanyak 10,000 kuota tambahan jemaah haji bagi tahun ini masih lagi menunggu pertimbangan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,tambahan kuota itu akan membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan haji pada tahun ini.

"Pihak Tabung Haji akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan kerjasama yang penuh.

"Kita juga akan sentiasa mengingatkan jemaah haji,termasuk jemaah haji tahun ini,untuk terus mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Ini demi menjaga nama baik jemaah haji dan Tabung Haji.

"Saya percaya seluruh jemaah haji akan mengambil kira perkara tersebut," katanya selepas Majlis Sumbangan 25 tan kurma sempena Ramadan 2025 oleh Penjaga Dua Tanah Suci,Raja Sulaiman Abdul Aziz Al Saud.

Sumbangan diserahkan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia,Mesaad Ibrahim Al Sulaim di ibu negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.