Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-06
IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Februari- Seramai 5,381 orang daripada 1,653 keluarga terjejas banjir di Sarawak,setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.
Jumlah berkenaan meningkat berbanding 5,125 orang daripada 1,506 keluarga,setakat pukul 8.00 malam tadi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 30 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 15 daerah negeri itu.
Dalam pada itu,di Johor pula,seramai 372 orang daripada 106 keluarga ditempatkan di tiga PPS negeri itu.
Angka berkenaan bertambah berbanding 364 orang daripada 106 keluarga,setakat pada pukul 8.00 malam tadi.
"Banjir di Johor hanya membabitkan daerah Kota Tinggi," menurut kenyataan itu.
Sementara di Sabah,seramai 253 orang daripada 65 keluarga terjejas di negeri itu.
Angka berkenaan bertambah,berbanding 228 orang daripada 60 keluarga,malam tadi.
Banjir di Sabah membabitkan dua PPS di Kinabatangan.