Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-06
IDOPRESS

Foto FB Khazanah Nasional Berhad
KUALA LUMPUR,5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi berjumlah RM5.1 bilion pada 2024.
Pengarah Urusan Khazanah,Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata,pertumbuhan itu dipacu strategi kewangan yang baik,pendapatan dividen yang stabil dan peningkatan nilai ekuiti awam global.
Jelasnya,bagi tempoh sama,Nilai Aset Bersih meningkat ketara kepada RM103.6 bilion berbanding RM84.8 bilion pada 2023.
"Pada tahun 2024,ekonomi kekal kukuh dan berdaya tahan.
"Dengan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang mantap sebanyak 5.2 peratus,kita menyaksikan eksport yang kukuh,kedatangan pelancong yang meningkat,kelulusan bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima,serta pasaran saham yang memberi tindak balas positif dan menunjukkan peningkatan," katanya pada sesi Taklimat Kewangan Tahunan Khazanah 2025 di sini.
Sementara itu,Khazanah turut mengumumkan dividen RM1 bilion kepada kerajaan untuk tahun 2024.
Ini menjadikan jumlah dividen terkumpul sebanyak RM19.1 bilion,sejak 2004.