Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-07
HaiPress

FOTO FAIL
GEORGE TOWN,7 Februari - Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri,Bayan Lepas di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.32 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru terus ke lokasi.
"Sebaik pihak bomba tiba,dimaklumkan seorang mangsa berada di dalam rumah kedai itu dan kami terus melakukan penyelamatan sebelum berjaya menyelamatkan mangsa bersama tiga ekor kucingnya.
"Tindakan pantas juga berjaya mengawal api daripada terus merebak di dalam kedai berkeluasan 325 meter persegi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian dengan anggaran kemusnahan 20 peratus sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap itu berkata pihak bomba menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada bahaya lain dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA