Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-07
HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,7 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Mardhiyah,Taman Melawati,Ampang.
Beliau yang tiba pada pukul 1.30 tengah hari itu disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya,Syed Ahmad Syed Abdul Rahman dan pengurusan masjid.
Beliau bersama-sama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk "Memperkasa Wakaf,Membangun Ummah" yang disampaikan oleh Imam Ustaz Fahmiz.
Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum menjamu selera di sebuah Medan Selera berdekatan.