Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

2025-02-08     HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,8 Februari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Bank pusat campur tangan setiap hari pada minggu ini dengan menjalankan tender repo berbalik,repo berbalik Islam dan repo berbalik semalaman untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion pada Jumaat daripada RM22.70 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai jatuh kepada RM16.49 bilion daripada RM18.10 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 6 Feb.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.