Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan

2025-02-08     IDOPRESS

Foto Fail

KUALA LUMPUR,8 Februari- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan,dengan harga dan permintaan kekal stabil walaupun dengan sedikit kecenderungan ke arah aliran penurunan,kata pakar industri,Denis Low.

Beliau berkata terdapat kebimbangan yang meningkat mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kebimbangan bahawa penggunaan tenaga China yang rendah juga boleh menjejaskan komoditi,termasuk getah.

“Oleh itu,mengambil pendekatan berhati-hati adalah bijak dan peniaga akan lebih berwaspada dalam pegangan stok,” katanya kepada Bernama.

Low berkata menurut ramalan Jabatan Meteorologi Thailand,sistem tekanan tinggi yang rendah di timur laut Thailand menyebabkan penurunan suhu dua hingga tiga darjah Celsius,dengan angin kencang dijangka tidak membawa hujan lebat.

Sementara itu,Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,pengukuhan ringgit dan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara-negara pengeluar utama getah.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 6.0 sen kepada 890 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 12.5 sen kepada 689.5 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.