RTM tekankan kesedaran perubahan iklim sempena Hari Radio Sedunia

2025-02-10     HaiPress

Pengarah Bahagian Program Radio,Saifuzzaman Yusop / Foto RTM

KUALA LUMPUR,10 Februari – Kesedaran mengenai perubahan iklim akan diterapkan kepada pendengar stesen radio RTM sempena Hari Radio Sedunia 2025 yang disambut pada 13 Februari ini.

Pengarah Bahagian Program Radio,Saifuzzaman Yusop berkata selain berperanan sebagai medium hiburan,radio juga memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mengenai isu alam sekitar dan perubahan iklim.

"Sebagai radio utama di Malaysia,kita juga bertindak sebagai pemberi amaran kepada sebarang bencana alam serta memberikan kesedaran kepada semua pendengar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Kita memilih Bukit Merdeka sebagai lokasi perasmian sambutan kerana ia melambangkan kepentingan alam sekitar,dan di sinilah kita akan menerapkan mesej tentang perubahan iklim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.

Bagi memeriahkan sambutan,RTM turut menganjurkan konsert khas di Tapak Pesta Sungai Nibong,Pulau Pinang,pada 14 Februari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.