300 pelajar di Sungai Petani terima baucar bantuan persekolahan

2025-02-11     HaiPress

Seramai 300 pelajar di Parlimen Sungai Petani,Kedah menerima baucar bantuan kelengkapan persekolahan bernilai RM100 menerusi program Kembali ke Sekolah / Foto RTM

SUNGAI PETANI,11 Februari – Seramai 300 pelajar di Parlimen Sungai Petani,Kedah menerima baucar bantuan kelengkapan persekolahan bernilai RM100 menerusi program Kembali ke Sekolah.

Program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr. Mohammed Taufiq Tan Sri Johari,inisiatif tersebut membolehkan ibu bapa membeli barang keperluan sekolah yang sesuai untuk anak-anak mereka yang akan memasuki sesi persekolahan baharu.

"Pelbagai bentuk bantuan,termasuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP),telah disalurkan kepada pelajar di seluruh negara. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan setiap pelajar mendapat akses pendidikan terbaik," katanya ketika ditemui RTM selepas majlis penyampaian sumbangan itu,di sini.

Dr. Mohammed Taufiq turut memaklumkan,Kedah merupakan antara negeri yang menerima peruntukan BAP terbesar,dengan bantuan telah diagihkan ke 749 buah sekolah.

Seorang penerima bantuan,Syaedah Nazurah Abdul Razak,33,melahirkan rasa syukur atas pemberian baucar tersebut,yang dapat membantu menampung perbelanjaan persekolahan anaknya.

Sejak 2013,TNB telah memperuntukkan lebih RM10.5 juta bagi menjayakan program Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.