Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-11
IDOPRESS

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR,10 Februari- Masjid bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan,solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok turut diadakan di masjid dan surau bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan,kesembuhan dan keafiatan," menurut kenyataan itu.
Jumaat lepas,Istana Negara menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Bagina berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Seri Paduka Baginda diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahmandan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.