Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-11
IDOPRESS

Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,10 Februari- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meninjau integrasi 5G persendirian pertama PETRONAS di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU),Melaka.
Beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan(RGTSU),Melaka merupakan terminal pertama daripada empat yang dilancarkan syarikatminyak dan gas multinasional Malaysia itu.
"Integrasi 5G di RGTSU Melaka yang memanfaatkan internet kebendaan (IoT),kecerdasan buatan (AI),dan automasi yang membolehkan operasi PETRONAS menjadi lebih cekap,produktif,dan selamat.
"Sambungan pantas 5G,kependaman yang rendah,dan keupayaan untuk mengendalikan aliran data yang besar akan memperkasa ekonomi negara kita untuk kekal berinovasi,bersaing,serta mencapai kecemerlangan di peringkat global,menyokong pemantauan masa nyata dan pengurusan risiko lebih baik," menurut hantaran itu.
Selain itu negara juga dalam memulakan perjalanan transformasi jadi peranan yang dimainkan teknologi terkini perlu diperakui.
Inisiatif itu juga disokong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperkukuh transformasi digital sektor tenaga.