Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-02-12
HaiPress

Sumbangan turut disampaikan dari rumah ke rumah di beberapa buah kampung terlibat
PENDANG,12 Februari- Sejumlah 22 keluarga asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Pendang,Kedah menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai sempena Program Ziarah Kasih MADANI.
Program anjuran Jawatankuasan Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) parlimen Pendang.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras JPKKP Pakatan Harapan Negeri Kedah,Datuk Zulkifly Mohamad di Kampung Pokok Asam,pagi tadi.
Selain itu,sumbangan turut disampaikan dari rumah ke rumah di beberapa buah kampung terlibat.
Menurut Datuk Zulkifly,sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para penerima khususnya dalam melakukan persiapan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Selain itu,ia juga merupakan tanda prihatin Kerajaan Malaysia MADANI terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Beliau berkata,terdapat penerima sumbangan yang mengalami sakit kronik termasuk kaki dipotong.
Katanya,sumbangan serupa akan disalurkan dari semasa ke semasa kepada mereka yang kurang berkemampuan.